Friday, May 29, 2015

Kisah 010: 2015-05-29 - Gantian kepada kehilangan.

Bismillahirrahmaanirrahiim.

#‎KisahSuksesBAD‬ -2015-05-29 - Gantian kepada kehilangan.
.
.

"Innalillahi wainnailaihi raajiun.
Allahumma’ jurnii fii musibati waakhliflii khairan minha."

Ketika Tuan Suami memberitahu cermin kereta dipecahkan orang (pada 30.4.2015) dan laptop saya dicuri, hanya kata-kata di atas yang mampu saya lafaskan. Dalam kepala, saya hanya memikirkan untuk mengumpul duit dan beli laptop baru. Itu sahaja (sambil tu saya doa dan minta Allah beri laptop FREE kepada saya. Hihihi).
* Ketika Tuan Suami menyampaikan cerita, saya sedang menyusukan si kecil. 

Sambil menyusukan, sambil saya B.A.D.

Saya kata:
"Ya Allah. Laptop aku kena curi. Aku redha Ya Rabb. Musibah itu datang dengan izin-Mu. Aku yakin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini. Wahai Tuhan yang baik, aku perlu laptop untuk buat pelbagai tugasan. Hari Khamis depan (7.5.15), ada presentation thesis dengan jawatankuasa penyeliaan. Dalam bulan ni mungkin penerbit hantar final draft buku untuk pruf. Dalam folder ada macam-macam fail Ya Allah. Semua fail penting, meskipun ia bersifat keduniaan, tetapi, ia antara sumber ilham dan pendapatanku serta suami. Ya Rabb. Mohon bantu aku. Biarlah laptop hilang tapi jangan hilangkan fail-fail penting kami."

Kemudian saya B.A.D lagi (sambil senyum).
"Ya Allah. Nak beli laptop baru, harganya beribu juga. Pulak tu, aku nak yang sama macam sebelum ini. Ultrabook. Boleh tak Allah bagi FREE. Tolong Ya Allah. Aku nak laptop free tanpa aku keluarkan modal. Boleh, kan?"

.
.
Saya bercadang main ‘kutu’ dan simpan sedikit demi sedikit. Mengikut perkiraan saya, bulan 11 nanti baru sampai giliran saya untuk cukup wang tunai tersebut dan beli laptop baru.
.
.
Jadi, untuk sementara waktu ini, saya tidak mahu fikir apa-apa tentang penulisan tesis PhD mahupun penulisan buku. Meskipun ada ’urgency’ tetapi saya ’C.O.O.L’ kan diri.
.
------------------
Dalam saya belajar memberi ketenangan kepada hati dan memujuk akal supaya redha menanti masa untuk beli laptop baru, “hikmah” dan “nikmat” Allah “turunkan” satu persatu.
.
Perkara yang langsung tidak pernah diduga oleh akal waras dan minda terhad saya ini. Perkara tentang rezeki. Janji Allah tentang rezeki yang tidak disangka-sangka.

[Firman Allah, Surah Al-Talaq 65 : Ayat 2-3, berlegar-legar dalam kepala.]

------------------

Peristiwa ini buat saya terus senyum mengenangkan perancangan terbaik Allah. Rancangan yang tidak langsung saya mampu fikir sampai ke tahap ini.
.
Sahabat saya, yang pada mulanya mahu meminjamkan wang kepada saya untuk beli laptop baru (saya menolak pada awalnya), telah menukar status ’pinjaman kewangan berbayar’ kepada ’perkongsian amanah.’
.
HAH? Maksudnya?

YA! Beliau memberinya secara ”percuma @ amanah” dan sebagai balasan, kami sama-sama usahakan sesuatu yang sedang kami rancangkan. 

*FREE*
.
Allahu Akhbar Kabira.
.
.
Benarlah, bahawa pada setiap kesulitan, pasti ada kemudahan.Allah itu baik. Sangat baik. Hanya kita sahaja yang sering menzalimi diri sendiri.
.
La illaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzalimiin.
.
Saya speechless. Terharu.
Saya hanya mampu senyum (dan menghadiahkan doa untuk kebaikan dirinya, dunia dan akhirat).
.
.
Dan hati, saya menangis kegembiraan apabila pagi tadi beliau hantar whatsapp dengan nota ”... aku dah transfer RMxxxx .....”




.
.
ALLAHU AKHBAR KABIRA!
.
”Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” 

------------------

Benarlah.
Kita buat kerja kita, biar Allah buat kerja-Nya.

Apa kerja kita?

Berdoalah kepada Allah. Minta kepada Allah.
DIA akan ’hadirkan’ jawapan dalam bentuk yang tidak terjangkau dek akal logik kita!

[Firman Allah pada Surah Al-Ghafir (40) : Ayat 60 ternampak di ruang mata.]
.
.
Kerana Aku Hamba-Nya, aku mahu terus memuji DIA.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahu Akhbar. 
.
.
.
Haza tafadhol ArRabbi Rahiim.
(Nikmat ini adalah ehsan Tuhanku) 

Salam takzim.
-KakTiny-