Thursday, June 25, 2015

Kisah 13: 2015-06-21 - Bengkel Penulisan atau Kelas Tadabbur

BismillahirRahmaanirRahim.
21.06.2015 - Pemilihan antara Bengkel Penulisan dan Kelas Tadabbur.
Post ini berkait dengan post saya sebelum ini iaitu Bersama Tuan Suami ke Bengkel Penulisan - Yuran PERCUMA.

Sebenarnya, ini juga satu daripada kebimbangan saya ketika merujuk kepada tarikh bengkel.
.
.
Sabtu - 20-06-2015 - InsyaAllah tiada masalah. Cuma saya perlu pujuk pengasuh anak-anak saya supaya dapat jaga anak saya pada hari sabtu dan ahad. Dan, ya, saya BAD mohon Allah Ya Rahiim Ya Latif Yang penyayang dapat melembutkan hati kakak yang jaga anak saya untuk bersetuju. Alhamdulillah, beliau setuju (dengan upah yang minima). 
.
Ahad - 21-06-2015 - Bertembung dengan kelas tadabbur Al-Quran.
Sejak sebulan yang lepas, selepas beberapa kali diajak oleh kakak angkat saya yang juga alumni kumpulan penulisan  (juga merangkap ibu angkat kepada anak bongsu saya), saya dan suami telah mengikuti kelas talaqi dan tadabbur rahsia Al-Quran di bawah Tuan Guru yang dimuliakan Allah, Al-Fadel Ustadz Syeikh Said Abdel Latif Karauwiyah Al-Hafiz (Allah rahmati kekanda saya itu serta Tuan Guru yang mulia. Saya doakan Allah permudahkan laluan mereka untuk bersama Rasulullah dan para sahabat dalam syurga firdaus-Nya kelak. Amin). 
Kelas ini sangat istimewa dan antara majlis ilmu paling indah dalam hidup saya. Saya akan membawa bayi kecil saya bersama (kerana tiada orang menjaganya di rumah, pengasuh tidak mahu jaga hari ahad - anak-anak yang lain saya tinggalkan bersama kakak saya yang tinggal berhampiran).

Ini juga satu cabaran. Saya tahu bahawa Tuan suami mungkin tidak mahu sertai bengkel penulisan rencana kerana kelas tadabbur Al-Quran pada jam 10.00pagi - 12.00 tengahari. Manakala bengkel penulisan adalah pada jam 9.00pagi - 3.00petang. 

Pada petang 20.06.2015, saya biarkan persoalan itu berlalu tanpa memikirkannya. Saya yakin akan aturan Allah kerana saya telah mohon DIA melapangkan ruang dan memilihkan urusan terbaik untuk saya dan suami.

Sebelum sampai rumah pengasuh untuk ambil anak bongsu saya, tiba-tiba datang rasa tidak yakin dengan keputusan apa yang perlu dibuat. Saya B.A.D.

"Wahai Allah Ya Barii. Allah baikkan. Aku ini sangatlah lemah lagi suka meminta. Maafkan aku Ya Rabb. Aku tak tahu nak pergi mana esok ni, ke bengkel atau ke kelas tadabbur. Dua-dua aku suka, aku sayang. Aku tahu, kelas tadabbur adalah kelas ilmu manakala bengkel mungkin sekadar maklumat dan pengetahuan. tapi aku mahu jadikan maklumat dan pengetahuan itu cabang ilmu melalui ilham yang Kau berikan. Tolong aku Ya Basith, berikan kelapangan fikir padaku yang sedang buntu ini. Aku buntu. Hanya KAU, Ya Hakim yang maha bijaksana. Aku mohon pada keagungan dan kemuliaan-Mu Ya Dzal Jala Li wal ikram."
 
Pada malam itu, saya dapat mesej grup telegram 'Kelas Tadabur Syeikh Said' - Dr. N memaklumkan bahawa kelas tadabbur ditangguhkan sehingga selepas hari raya. Sepanjang ramadhan, kelas hanya untuk mereka yang daftar sebagai peserta tadarus. Tuan Guru mahu beri sanad kepada peserta tadarus dan beri tumpuan kepada program tadarus. (Dr. N adalah orang yang bertanggungjawab mengendalikan kelas tadabur bersama Tuan Syeikh Said. Allah rahmati Dr. N yang baik. Didoakan Allah sediakan mahligai indah dalam syurga firdaus untuk Dr. N dan para sahabat yang berusaha untuk menwujudkan kelas ini. Amin.)

Membaca mesej itu, dalam duka (kerana tidak dapat ikuti program tadarus serta tidak dapat pergi kelas tadabbur), terselit faham bahawa Allah Ya Fattah membuka jalan kepada saya dan tuan suami untuk ke bengkel rencana. Pasti ada rencana-Nya yang kami tidak tahu apa hikmah di sebalik semua ini. Tapi, kami yakin akan rancangan-Nya. Pastinya yang terbaik. 

Hari ahad pagi, saya maklumkan kepada Tuan Suami yang kelas tadabbur ditangguhkan, dia juga jelas sedikit kecewa (kerana hati sering terpanggil-panggil dan meruntun mahu bertalaqi dan mendengar rahsia AL-Quran, terutamanya yang dikendalikan oleh Tuan Syeikh Said. Sungguh istimewa. Allahu Allah!). Tetapi, kata-katanya buat saya terpana, "Mungkin Allah mahu abang dapat sesuatu manfaat dalam bengkel ini dan sumbangkan sesuatu yang bermanfaat melaluinya. Sebab itu kelas tadabbur ditangguhkan."

Allah!
.
.
Oleh itu, pada hari ahad, saya dan tuan suami dapat sertai bengkel penulisan rencana/ majalah - meskipun pada kadar separuh hari (kerana sudah berjanji dengan pengasuh anak untuk ambil waktu tengahari.)
.
.
Apabila kita merancang dan melepaskan segala perancangan rapi itu ditetapkan Allah, sememangnya DIA merancang dengan sebaik-baik perancangan. Allahu Akhbar. 
.
.

.
Haza tafadhol ArRabbi Rahiim.
(Nikmat ini adalah ehsan Tuhanku) 

Salam takzim.
-KakTiny-

Kisah 012: 2015-06-20 - Bersama suami ke Bengkel Penulisan - Yuran PERCUMA.

BismillahirRahmaanirRahim.
20.06.2015 | Bersama Suami Ke Bengkel Penulisan - Yuran 'PERCUMA'.

Apabila mentor penulisan saya memberitahu ada bengkel yang akan dijalankan pada bulan ramadhan, saya teruja. Tetapi ada dua (2) faktor yang menjadi 'kebimbangan' saya.

(1) Teringat kata Tuan Mentor yang melarang saya mengikuti mana-mana bengkelnya selagi saya tidak siapkan manuskrip buku yang dijanjikan! Aduhai!

(2) Bimbang Tuan Suami marah jika saya asyik mengikuti kelas / bengkel penulisan pada hujung minggu sementara dia yang perlu jaga anak-anak di rumah (sudah banyak bengkel penulisan yang saya ikuti, tapi bukunya belum juga terbit! Itu yang Tuan Suami saya bisingkan).

Pada masa yang sama, saya teringin mahu Tuan Suami sertai kelas penulisan mentor saya ini. Saya sedar Tuan Suami ada potensi untuk 'membukukan' serta 'merencanakan' bidang tugasannya dalam bentuk tulisan, tetapi saya tidak punya kekuatan untuk menyuruhnya. Saya bimbang dia menolak atas alasan tidak minat menulis dan bayaran yang mahal.
Dalam bimbang, saya isi juga borang pendaftaran awal (online) untuk sertai bengkel penulisan buku umum dan rencana. Pada ketika ini, saya mula menimbangtara samada mahu bayar dan pergi sendiri atau mahu bayarkan untuk Tuan Suami dan minta dia pergi. 

Seminggu juga saya tidak buat apa-apa keputusan. Apabila saya dapat mesej 'notis pemberitahuan awal' tarikh rasmi untuk kedua-dua bengkel itu, saya B.A.D.
"Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim. Sesungguhnya Kau maha oengasih lagi maha penyayang terhadap hamba-hamba-Mu, meskipun hamba-Mu ini kuat meminta tapi kurang memberi. Aku mohon lagi pada-Mu wahai Rabb yang Agung, Ya Fatah Ya Razzak Ya Barii. Berilah peluang dan lapangkanlah masa serta kewanganku untuk dapat sertai bengkel penulisan. Sungguh aku teringin mahu ulangkaji ilmu penulisan wahai Allah yang baik. Aku juga mahu abang pergi, tapi takut dia marah dan tak mahu. Tolong Allah Ya Wahhab Ya Barii, rezekikan kami dapat pergi secara percuma.  Jika ia baik untuk kami, dan masa depan kami dan dengannya kami dapat manfaat serta dapat memberi manfaat, maka mohon dipermudahkanlah wahai Allah Ya Wasii, sesungguhnya pemberian-Mu amat luas dan aku meminta hanya padamu Ya Samad."
Sehari ke sehari saya tidak berani bertanya suami samada dia izinkan saya pergi tidak. Juga tidak berani tanya samaada dia mahu pergi tidak - pada masa yang sama sedang mengira simpanan, ada bajet lebih tidak untuk bayar yuran bengkel.
.
.
Seminggu sebelum tarikh bengkel, sahabat wangi saya, yang juga alumni kumpulan yang sama, memberitahu saya bahawa beliau telah bayar yuran bengkel tetapi beliau tidak dapat hadir kerana sedang memberi tumpuan kepada peperiksaan komprehensif untuk PhD. 
Beliau buka tawaran jika saya mahu gantikan tempatnya. Walaupun girang, tetapi masih bimbang dengan beberapa faktor yang saya sebutkan di atas tadi.
....
.
Sehingga pada sehari sebelum tarikh bengkel,Tuan Mentor penulisan menaikkan notis pada laman muka bukunya, bertanya sesiapa 'alumni' beliau yang sudi menjadi 'volunteer' untuk bengkel kelolaannya itu. Dia perlukan 2 orang alumni. 
Ketika saya baca, sudah ada seorang yang menawarkan diri. Laju saya menaip nama, dan saya menjadi orang kedua. Selepas itu berturut-turut rakan alumni lain menawarkan diri. 

Ketika itu, saya sudah terlihat-lihat cahaya harapan dan sesuatu yang mungkin 'menjadi'. 

Alhamdulillah. Saya terima email daripada Tuan Mentor menyatakan saya terpilih sebagai volunteer. Subhanallah. 

Terus saya hubungi sahabat wangi, meminta beliau 'consider' untuk beri tempat itu kepada suami saya. Syukur kerana beliau bersetuju dengan mudahnya... (Allah rahmati sahabat wangi saya yang baik itu. Saya doakan laluannya sebagai Ketua Bidadari syurga dipermudahkan Allah, di dunia dan di akhirat kelak. Amin). 

Sejurus mendapat persetujuan sahabat, saya hubungi Tuan Suami. Sebelum saya ajak dia ke bengkel tersebut, saya ceritakan kronologi yang menyebabkan kami berdua dapat pergi PERCUMA bengkel penulisan buku umum dan rencana. 
.
Dan, beliau SETUJU - dengan mudahnya! 
Allahu Akhbar Kabira.
.
.
Segala pujian kepada Allah Ya Baari, Ya Wasi', Ya Mujeeb kerana merancang dengan sebaik-baik perancangan. Maha luas pemberian-Nya dan mudah benar DIA memakbulkan doa dan permintaan hamba-Nya yang banyak meminta, sering lupa diri malah sering zalimi diri sendiri ini. 
Allah. Allah. Allah.  
Nikmat kurniaan Allah itu terlalu hebat. 
.
.
Haza tafadhol ArRabbi Rahiim.
(Nikmat ini adalah ehsan Tuhanku) 

Salam takzim.
-KakTiny-
 

Sunday, June 14, 2015

Kisah 011: 2015-06-11 - Dapat ruang parkir yang berdekatan.

BismillahirRahmaanirRahim.
11.06.2015 | Dapat ruang parkir yang berdekatan.
Aktiviti ini antara yang paling saya suka untuk B.A.D. Hasilnya memang awesome!
Pada 11.6.2015 (khamis), saya ada temujanji dengan Penerbit pada jam 2.30pm. Untuk penyerahan pruf manuskrip buku pertama saya.
Tuan Suami ajak solat zohor di Masjid Wilayah, Jalan Duta. Dari situ baru bertolak ke syarikat penerbitan yang bertempat di Kota Damansara.
Sekitar jam 1.50pm baru keluar dari perkarangan masjid.
Sampai di Dataran Sunway Kota Damansara adalah sekitar jam 2.20pm. Kawasan yang padat dan pada waktu sebegitu adalah sukar mencari parkir.
Dalam pada Tuan suami 'tawaf' cari parkir, saya B.A.D.
"Ya Allah Ya Fattah Ya Basith, bukakan jalan, lapangkan ruang, berikan kemudahan untuk kami dapat parkir depan bangunan syarikat penerbitan wahai Allah Ya Ra'uf. Sekarang sudah jam 2.25pm, aku tidak mahu jadi orang yang fasik, yang gagal menunaikan janji dan amanah masa. Bantu mudahkan urusan aku Ya Ro'uf. Dan lagi.... Aku malas jalan jauh-jauh. Tengahari ni panas! Ampunkan aku Ya 'Afuww."
Sejurus habis memohon, terus suami kata, "Hah. Kereta itu mahu keluar."
Saya menoleh ke kiri. Ya benar!
Kereta yang mahu keluar itu benar-benar parkirnya di hadapan bangunan syarikat penerbit!
Subhanallah.
Maka, saya dapat berjumpa penerbit pada masa yang dijanjikan. Khamis, 11.6.2015, jam 2.30pm.
Alhamdulillah.
Dan... yang lebih penting, tak payah jalan jauh-jauh....
Allahu Akhbar Kabira.
.
.
.
Haza tafadhol ArRabbi Rahiim.
(Nikmat ini adalah ehsan Tuhanku) 

Salam takzim.
-KakTiny-