Bismillah.
#KisahSuksesBAD: 8-12-2014: Pow duit daripada Allah.
Minta RM300,000.00 – belum
dapat
Minta RM250.00, dapat RM300.00 – Alhamdulillah
Minta RM250.00, dapat RM300.00 – Alhamdulillah
1 – Minta RM300,000.00 – belum ditunaikan
Melihat penyata Bank Negara
(hutang tertunggak!). Aduhai. Termasuk dengan baki hutang rumah dan hutang luar
penyata, adalah kira-kira RM300,000-00 yang perlu dibayar.
Ya! Saya berazam untuk bebas
hutang dan bebas kewangan sebelum usia 40 tahun (Allahu Allah! Sudah
menginjak ke tua rupanya!). Dan bersemangat untuk mengejar kebebasan pahal,
sebagai bekalan akhirat nanti (mohon Allah izinkan dan permudahkan. Aamiin).
Usai solat, saya BAD, minta pada Allah untuk diberikan cara dan rezeki yang
halal lagi diredhai-Nya untuk saya langsaikan hutang-hutang tersebut.
Saya mahu ‘pow’ Allah sebanyak RM300,000-00 bagi tujuan ‘pemansuhan hutang
piutang’ (yang ada antaranya berunsur riba’ – % interest melebihi hutang pokok!
Bank!)
“Ya Allah. Aku mahu bayar hutang-piutang yang sedia ada ini. Aku mahu hidup dengan bebas hutang terutamanya
yang melibatkan riba’ bank. Ya Allah. Permudahkan jalan dan berikan ilham
kepadaku untuk melangsaikannya menurut jalan yang Kau redhai.”
Tetapi. Belum dapat jawapan lagi.
Hihihi.
2 – Minta RM250.00 dapat RM300.00
Kelmarin, saya dapat notis sms
minta bayaran ke atas satu perkara (maaf kerana saya mohon untuk tidak
menyatakannya). Sebanyak RM107.00 perlu dilakukan sebelum 10.12.2014.
Kelmarin juga, pihak pejabat membuat
pemberitahuan untuk mengadakan satu ‘majlis’ pada 11.12.2014, dan setiap
pekerja perlu membeli ‘sesuatu’ pada hari tersebut. Sebanyak lebih kurang
RM100.00 lagi diperlukan.
Aduhai. Pada waktu sebegini,
peruntukan yang ada adalah untuk persekolahan anak-anak, dan persediaan
bersalin (dijangka bulan 2 tahun hadapan).
Justeru, bayaran ‘terkejut’ yang
datang bukan dalam senarai perlu bayar, adalah amat ‘merimaskan’. Usai solat
asar, saya BAD.
“Ya Allah. Aku mohon RM250.00
untuk aku bayar ‘itu’ dan ‘majlis itu’. Mohon bantuan-Mu Ya Allah. Aku tiada
peruntukan untuknya. (Memang sengaja saya minta lebih – padahal saya perlukan
RM200 sahaja! Melampaukan?!)
Pagi ini, sebelum ke pejabat,
bonda menghulurkan RM100.00. Kata Bonda, dia baca ‘surat’ yang meminta saya
bayar RM107.00 (Bonda memang akan membuka atau membelek semua surat
anak-anaknya. Waima apa juga urusan kami – tiada rahsia yang boleh terlepas
daripada pengetahuannya). Alamak! Malunya!
Alhamdulillah. Situasi pertama selesai!
Sampai di pejabat, lewat petang bos masuk (sepatutnya dia tidak masuk
pejabat hari ini). Saya nyatakan kepada bos tentang ‘Majlis’ tersebut. Dan, bos
hulurkan RM200.00 untuk saya beli ‘apa-apa’ yang patut!
Wah! Alhamdulillah. Ini bermakna, saya tidak perlu mengeluarkan kos
atau simpanan saya untuk dua perkara tersebut.
Alhamdulillah. Subhanallah. Allahu Akhbar Kabira.
“Maka nikmat Tuhan yang manakah yang mampu saya dustakan?”
Gambar: Not RM300 – untuk saya selesaikan kedua-dua urusan tersebut.
.
.
Alhamdulillah.
.
.
Alhamdulillah.
.
.
.
Haza tafadhol ArRabbi Rahiim.
(Nikmat ini adalah ehsan Tuhanku)
Salam takzim.
-KakTiny-
(Nikmat ini adalah ehsan Tuhanku)
Salam takzim.
-KakTiny-
No comments:
Post a Comment