BismillahirRahmaanirRahim.
.
Sudah lama tidak menukilkan sesuatu di sini.
Banyak lagi situasi dan peristiwa yang berlaku yang tidak saya catatkan di sini.
Apabila ada ruang dan peluang, saya akan catatkan kisah-kisah ini sebagai panduan dan kenangan abadi. Serta sebagai inspirasi kepada diri dan kepada sekalian yang membaca.
Sebagai tanda syukur saya dan kita sebagai seorang hamba.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahu Akhbar Kabira.
.
.
Saya ini:
+ Seorang hamba Tuhan yang sangat tinggi cita-cita, tinggi melangit hingga langit ke-7. Punya banyak misi dalam hidup untuk mencapai visi yang 'Ultimate Vision' iaitu berada dalam syurga firdaus Allah bersama Rasulullah dan semua orang yang saya cintai di dunia ini.
.
+ Setakat hari ini (2015), masih seorang pekerja, Setiausaha kepada Pengerusi sebuah Syarikat Korporat. Bekerja di waktu pejabat, jam 8.30am - 5.30pm, Isnin-Jumaat.
.
+ Sekarang ini juga, saya seorang pelajar, yang sedang buat pengajian PhD dan penulisan thesis - dalam bidang HRD, Semester ke-7, di UPM.
.
+ Saya diamanahkan sebagai seorang isteri, seorang Ibu kepada 5 orang anak berusia 10 tahun, 8 tahun, 3 tahun, 2 tahun dan 8 bulan (bulan 10, 2015).
.
+ Penulis yang baru berjinak-jinak menghasilkan buku fizikal yang diterbitkan penerbit tempatan.
Buku pertama saya bertajuk, "Kerana Aku Hamba-Nya."
.
*************************
Saya ini punya impian besar:
.
+ Memiliki kekayaan bernilai billion (USD 10,000,000,000-00). Dan punyai aset bernilai trillion.
.
+ Bercita-cita untuk menjadi trainer, speaker, inspiwiter, mediator / moderator program dan punya rancangan tv / media sendiri.
.
+ Sedang merangka 'model training' untuk dipatenkan di bawah jenama sendiri.
.
+ Mahu ada 1000 buku dan artikel/jurnal penulisan sendiri yang diterjemahkan ke lebih 50 bahasa dunia.
.
+ Membina konsortium perniagaan konglomerat muslim bersama-sama rakan
bisnes - multi-business internasional - sehingga wujud "STARR CONSORTIUM
& PARTNERS HOLDINGS BERHAD". Syarikat yang dalam listing bursa
saham Malaysia, London & New York.
.
+ Menubuhkan "PROF AXIS CENTRE", rumah rehat bagi orang-orang tua golongan professional yang menawarkan khidmat nasihat dan rundingcara bagi golongan muda - serta fasilitis bertaraf Condo-Hotel-Office-Residential-Business Park Consortium.
.
* STARR CONSORTIUM DAN PROF AXIS CENTRE berada dalam satu kawasan luxury di mana ianya merupakan satu pusat setempat --- > "ONE STOP BUSINESS, EDUCATION & LIVING CENTRAL."
.
+ Mengikuti kelas mengaji tadabbur Al-Quran - dan sangat mahu belajar bahasa arab - bertalaqi secara langsung dengan Tuan Syeikh Guru yang datang megajar 'one-to-one' dan group coaching.
.
+ Anak-anak menjadi tahfiz Quran dan Hadith serta akademia dalam bidang masing-masing, juga mengembara serata dunia untuk berdakwah memperkenalkan Islam serta menyebarkan risalah Rasulullah dengan berhemah (saya juga mahu turut serta begitu).
.
+ Mempersiapkan diri sendiri, suami serta anak-anak untuk faham akan tujuan hidup sebagai khalifah Allah serta mengamalkan Asma-ul-husna Allah dalam setiap doa dan permohonan serta ucapan seharian.
.
+ Mendidik diri dan keluarga serta orang di sekeliling saya, untuk menggunakan tatacara dan kaedah komunikasi serta perbuatan berinspirasikan cara dan tingkahNabi Muhammad S.A.W (selawat ke atas baginda).
.
+ Bebas hutang, bebas masa, bebas melakukan manfaat dan kebaikan, serta beri kebahagiaan kepada orang yang Allah datangkan dalam hidup saya.
.
+ Mahu bersama mak ayah, suami anak-anak, kakak adik2 dan kaum keluarga serta sahabat-sahabat wangi:
.
- Menunaikan haji dan umrah berkali-kali juga membiayai orang lain untuk melaksanakannya juga.
- Melawat kota-kota dan negara-negara yang ada dalam lingkungan bumi yang boleh dijejaki.
- Makan2 santai2 rehat2 bersama di tempat2 yang terdetik kami ingin pergi dan lawati, pada bila-bila masa yang dirancang-rapi oleh Allah, atas kehendak dan doa kami.
- Memberi sumbangan kepada rumah-rumah kebajikan, masjid2, sekolah2 tahfiz, pondok2 pesantren, orang perseorangan / individu yang Allah izinkan kami membantu mereka.
- Duduk bersama-sama dalam satu kawasan / kediaman yang sama - secara berjemaah - dalam satu komuniti besar yang baik dan mengamalkan cara hidup islam yang syumul.
+ Punya iltizam dan semangat yang tinggi untuk menggunakan segala kelebihan yang Allah beri pada untuk dimanfaatkan kembali dengan memberi manfaat sebanyak mungkin, kepada umah dan Islam.
+ Setiap kata-kata baik tersebar meluas di bumi dan di langit dan dijadikan amalan berpanjangan oleh mereka yang membaca dan mengambil manfaatnya.
+ Dipandang para penduduk langit dengan penuh kasih serta didoakan dapat masuk ke syurga firdaus Allah, tanpa hisab.
+ Dijauhkan daripada himpitan keras kubur, fitnah dajal dan fitnah alam barzakh. Dijauhkan dari percikan api neraka dan gangguan iblis lakanatullah.
+ Dilindungi di bawah naungan Arasy Allah pada ketika berhimpunnya semua umat manusia.
+ Dapat berkumpul bersama Rasulullah di telaga khauthar. Berjalan bersama Rasulullah menuju ke syurga firdaus.
+ Berlari laju sepantas kilat meniti titian sirat.
+ Disambut dan meyambut wajah2 yang dicintai dalam syurga firdaus.
+ Berkampung dalam syurga firdaus bersama idola2 saya, penghulu2 wanita syurga yang saya rindui.
+ Dirahmati Allah dengan tersedia mahligai indah untuk saya dan suami.
+ Dapat menjengah mahligai milik ibu bapa, anak2, adik- beradik, ipar-duai, sahabat-handai, saudara-mara, jiran tetangga, guru-guru, kenalan2, anak murid, pembaca2 serta mereka2 yang banyak memberi manfaat kepada saya.
+ Sangat bermohon kepada Allah Ya Samad supaya izinkan saya berkampung bersama Rasulullah, kaum keluarga Baginda dan sahabat handai Baginda Rasul, dalam syurga firdaus - serta dapat berjumpa dan menjawab salam Allah, 'salaman-salama' pada setiap ketika, dalam syurga tertinggi-Nya, di tempat para muqorrobin.
.
.
Ya.
Saya ini banyak sangat permintaan.
Saya akur amalan saya kurang.
Orang mungkin kata, saya ini perasan mahu minta yang banyak2 tapi amalan kepada Allah sangat sikit.
Analogi saya mudah.
Allah Ya Rahiim Ya Ghoniy Ya Mughni Ya Wahhab Ya Razzaq itu sangat pemurah lagi kaya raya dan sifatnya suka memberi malah sentiasa memberikan rezeki kepada hamba-hamba dan makhluk-Nya.
Sedangkan kepada si kafir yang langsung tidak pernah menyembahnya pun diberi kekayaan dunia dan dimakbulkan segala hajat, kenapa tidak kita ini, MUSLIM yang mengangkat kalimah syahadah "Asy ha du Allah illa ha illallah. Wa asy hadu anna Muhammadur Rasulullah. Aku naik saksi bahawa Tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." Mustahil Allah tidak mahu makbulkan doa kita, apabila doa-doa itu memang sesuai dan sepadan untuk kita, pada dan ketika waktu doa itu kita pohonkan.
.
Allah Ya Ghoniy itu Maha Kaya dan Ya Mughni Maha Pemberi Kekayaan - kenapa perlu sangkal kebaikan Allah Ya Barr yang mampu memberi rezeki kepada sesiapa yang meminta kepada Allah Ya Samad.
Hak untuk memberi itu adalah HAK TUHAN.
Hak untuk meminta itu adalah HAK HAMBA.
Kenapa mahu kufur nikmat sebagai hamba, untuk meminta kepada Tuhan Ya Khaliq yang maha pencipta Ya Dzal Jalalil Wal ikram Yang maha memiliki keagungan dan kemuliaan?
Untungnya kita punya Allah Ya Malikul Mulk kerana DIA memiliki segala kekuasan. DIA lah Allah Ya Nafi' yang bila-bila sahaja boleh datangkan manfaat dan DIA juga Allah Ya Dhorru yang boleh datangkan bahaya.
Justeru, mintalah kepada Allah Ya Samad permintaan yang baik-baik dan hebat-hebat kerana DIA Allah Ya Jalil Ya Karim itu sungguh luhur dan mulia. Dengan Ar-Rahmaan Ar-Rahiim Al-Wadud-Nya, pasti DIA sangat sayang kasih dan cinta kepada kita, para hamba-Nya.
Allah itu adalah menurut sangkaan hamba-Nya.
Saya berpegang kukuh bahawa ALlah sangat sayangkan saya sebagai makhluk-Nya.
Allah berikan kasih sayang seorang ibu yang tidak berbelah bahagi kepada saya, ada Mak yang sentiasa berlapang dada menerima baik buruk saya, sentiasa memaafkan kesalahan saya, sentiasa beri peluang dan peluang setiap kali saya tidak mengikut nasihatnya, sentiasa mendoakan kebaikan untuk saya. Ibu saya, dia juga hamba Tuhan. Mak juga makhluk yang sama seperti saya. Tetapi, kasih sayangnya tiada batasan.
NAH! Bayangkan betapa tingginya kasih sayang Allah kepada kita. Sesama makhluk lagikan DIA tanamkan kasih dan kecintaan yang sedemikian, mengapa diragui akan rahmat dan kasih sayang Allah? DIA itu MAHA HEBAT dengan segala sifat dan asma-ul-husna-Nya.
.
Saya pegang kukuh pada prinsip ini:
Berdoalah. Mintalah apa sahaja yang hari kamu mahu akannya.
Tuliskan doa kamu. Baca doa kamu. Lafazkan sungguh-sungguh apa yang kamu mahu.
Berbicara dengan Allah apa yang kamu inginkan. Ulang-ulang doa itu sampai kamu berjaya perolehinya. Bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan yakni dapat menyampaikan doa kamuitu kepada-Nya.
Saya mahu sentiasa berpesan dan ingati ini:
1- Sekiranya doa kamu itu baik untuk kamu, pada dan masa doa itu kamu inginkan -- > Allah pasti makbulkan terus ia kepadamu malah akan beri yang lebih baik daripada yang kamu impikan.
2- Sekiranya doa kamu belum dikabulkan --- > mungkin Allah simpan untuk satu tempoh yagn lebih sesuai untuk kamu menerimanya kerana ketika kamu cita-citakan doa itu, ia masih belum layak untuk kamu dan mungkin mudaratnya melebihi manfaat. Atau mungkin, Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada yang kamu impikan (meskipun adakalanya kamu kabur dan kurang sedar).
3- Sekiranya memang Allah langsung tidak memakbulkannya --- > NAH! Bertuahnya kamu. Kerana doa kamu Allah simpan dengan-Nya. Dan kamu bisa tuntut kembali pada waktu di mana segala harta dan kebahagiaan dunia sudah tiada harga. Hari di mana kekayaan dunia tidak mampu membeli apatah lagi menukar ganti apa juga kehendak dan impian. Di akhirat nanti, doamu yang tidak dikabulkan akan datang kembali, sebagai token untuk kamu minta apa yang kamu hajatkan untuk alam akhiratmu.
.
Justeru, saya mohon kita sama-sama gunakan peluang dan ruang untuk berdoa dan berdoa.
Minta dan minta pada Allah Ya Samad. Sesugnguhnya DIA menanti doa-doa para hambaNya. Allah Ya Wahid Ya Samad Ya Ahad satu-satunya tempat meminta segala doa dan DIA Allah Ya Wasi' Ya Mujeeb sangat luas pemberianNya dan bisa memakbulkan segala doa para hamba.
.
.
Kita ada Allah.
+ Allah itu adalah menurut sangkaan hamba-Nya.
+ Allah pandang pada doa dan usaha kita.
+ Allah Ya Barr, Ya Rahmaan, Ya Rahiim Ya Wadud itu sangat baik, maha pengasih maha pemurah lagi maha penuh kecintaan.
+ Rahmat-Nya melangkaui murka-Nya.
+ Selama kita tidak syirik dan menyekutukan Allah, kita adalah hamba yang dicintai-Nya.
.
Berdoa.
Mohon dan minta pada Allah Ya Samad.
.
Haza tafadhol ArRabbi Rahiim.
(Nikmat ini adalah ehsan Tuhanku)
Salam takzim.
-KakTiny-