BismillahirRahmaanirRahim.
17.08.2015 ~ Dapat rawatan pedicure PERCUMA!
Pada 7-9 Ogos ada acara di Kuala Lumpur Convention Centre. GLC OPEN DAY 2015.
Organisasi saya merupakan salah satu daripada Organisasi GLC, maka pada 7-9 Ogos saya perlu bertugas menjaga cluster.
Cluster tidak sama dengan booth.
Di cluster, kami perlu berdiri sepanjang hari menanti pengunjung datang bertanya.
Penat berdiri, Perdana Menteri cuma lalu 7 saat sahaja! Huh!
Pada hari terakhir bertugas, saya putuskan untuk balik rumah dengan menaiki kenderaan awam.
Punyalah lenguh kaki berjalan dari KL Convention Centre ke KLCC, ambil PUTRA LRT seterusnya menapak lagi untuk ke Komuter dan menapak lagi naik turun tangga di stesyen komuter UKM!
Masa tu, saya mesej group family. Mohon Allah Ya Fattah bukakan pintu hati sesiapa untuk belanja saya buat pedicure atau foot spa. Tetapi, tiada respon daripada adik-beradik saya! (Cheh!)
Oleh kerana bertugas pada hari minggu (sabtu dan ahad), maka, pekerja yang bertugas dapat cuti ganti.
Hari Isnin 17.08.2015, saya ambil cuti.
Replacement untuk dua hari minggu bertugas bagi acara GLC OPEN DAY 2015.
Saya ke rumah sahabat wangi.
Sama-sama merancang tugasan PhD serta beberapa idea penulisan dan bisnes.
Usai diskusi, perut terasa lapar.
Sahabat wangi tanya mahu makan di mana.
Saya kata saya mahu order nasi dan tomyam dan makan di rumah sahaja.
.
.
Takdir Allah Ya Baari, kedai tomyam tutup!
Tiba-tiba sahabat wangi saya memberi cadangan, "Eh! Dah lama tak pergi buat pedicure, kaki aku dah berkerak ni. Jom kita pi. Aku belanja hang!"
ALLAH!
Terus saya teringat mesej yang saya kirimkan kepada family group saya pada 9 Ogos 2015.
Rupanya sudah ada dalam takdir saya.
Allah perkenankan doa saya itu.
Allah takdirkannya berlaku pada 17 Ogos 2015.
Disampaikan melalui sahabat wangi saya.
.
Dan, semalam, saya bahagia apabila kaki saya di'pedicure'kan...
Bukan itu sahaja, Allah Ya Wahhab Ya Razzaq beri lagi imbuhan rezeki tambahan.
Sahabat wangi belanja makan di restoran.
Subhanallah. Syukur Alhamdulillah Allah Ya Barr Ya Syakur.
.
.
Haza tafadhol ArRabbi Rahiim.
(Nikmat ini adalah ehsan Tuhanku)
Salam takzim.
-KakTiny-
(Nikmat ini adalah ehsan Tuhanku)
Salam takzim.
-KakTiny-
No comments:
Post a Comment