BismillahirRahmaanirRahim.
15.06.2015 - Jumpa! Surat tawaran sebagai Chancellor.
Flash back ke belakang sedikit. Hihihi.
Kisah ini berlaku pada pertengahan bulan Jun tempohari. Akibat kekangan masa dan lambakan tugasan yang sedia ada, lambat pula mahu update di sini.
(Sebenarnya banyak kisah-kisah menarik yang berlaku, tetapi jika di tulis kesemuanya, mahu tak jadi kerja lain. Setiap waktu Allah Ya Barr datangkan pertolongan yang baik-baik. Subhanallah. Maha Suci Allah Ya Wadud yang penuh sifat Ar-Rahmaan dan Ar-Rahiim sehingga ada rasa malu kerana hamba yang sering lupa diri ini kerapkali lupa sabar, lupa syukur dan kufur nikmat! Astaghfirullahal 'azhiim).
.
Pada Isnin 15.06.2015, Boss masuk awal pagi menggeledah atas meja, laci meja utama, laci meja sisi, laci meja file. Bersungguh beliau mencari sesuatu.
Kemudian, beliau panggil saya masuk. Ditanya saya tentang surat tawaran daripada 'Universiti COSMOPOINT' kepada beliau untuk menjadi Chancellor.
Puas saya memikirkannya, memang tidak ada langsung dalam memori saya.
Kebiasaannya, setiap surat akan sampai kepada saya dan saya vet thru sebelum hantar masuk ke bilik beliau. InsyaAllah setakat hari ini, saya ingat apa surat yang diterima dan bila saya masukkan ke biliknya (dibantu dengan sistem rekod filing, memudahkan urusan semakan semula). Melainkan surat yang diberi secara by hand kepada Boss saya, itu di luar bidang saya untuk mengawalnya dan memang tiada dalam rekod saya.
Oleh kerana saya tidak pasti akan surat itu, kemungkinan hanya 2 iaitu (1) surat itu sampai pada ketika saya sedang cuti atau (2) surat itu diberi secara terus kepada Boss saya tanpa melalui saya, setiausahanya!
Dan, telahan saya yang kedua adalah tepat apabila Boss saya kata, pihak Universiti tersebut beri kepadanya terus (by hand) dan beliau tidak ingat di mana beliau simpan surat tersebut.
Rancangan Allah Ya Baari, dua bulan sebelum itu saya telah masukkan kesemua surat-surat dan file yang ada atas meja beliau ke dalam almari buku. Hal ini berlaku kerana pada 17 April 2015 Boss saya dijadualkan menerima kunjungan Bernama TV di pejabat untuk temubual eksklusif berkenaan satu acara besar yang melibatkan sebuah Negeri. Oleh itu, saya kemas meja supaya kosong seperti yang diminta beliau.
Sepanjang bulan 5, beliau OFF daripada sebarang tugasan pejabat kerana menguruskan hal ehwal sebuah Negeri tersebut. Awal bulan 6 beliau bercuti rehat selama 2 minggu ke luar Negara setelah penat menguruskan acara bulan 5.
Apabila beliau masuk ke pejabat, perkara pertama yang ditanya adalah tentang 'surat tawaran' tersebut.
DENG!
Memang saya keliru dan tidak tahu surat apa.
Bersungguh Boss saya minta saya carikan juga.
Dengan seribu satu 'kekonfiusan', atas dasar taat dan menjalankan tugas, saya cari jugalah 'surat tawaran daripada Universiti COSMOPOINT' yang disebutnya.
Almari buku saya buka dan saya duduk bersila di depan almari sambil meneleku satu persatu surat-surat dan fail yang saya 'sumbat' secara 'semborono' dua bulan lepas.
Masa saya duduk bersila di depan almari, terus saya mohon pada Allah:
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim. Sungguh aku tak tahu surat apa yang Boss cari. Bantu aku Ya Rabb. Tunjukkan dan jumpakan aku dengan surat tersebut."
Penuh pengharapan saya doa dan yakin sangat Allah akan temukan saya dengan surat berkenaan.
Namun, harapan saya tidak 'menjadi kenyataan'. Debaran di hati mula terasa apabila habis laci pertama saya selongkar namun TIADA!
Apabila masuk ke laci kedua, sekali lagi saya bersila di depan almari. Kali ini hati saya kuat menyatakan surat itu memang tiada di laci kedua. Sebab sudah lama saya tidak buka laci kedua. Kira-kira setahun! Kalau ada atau tidak, hanya pada lacik pertama.
Serangan panik!
Ya, ketika sebahagian fail dan surat dalam laci kedua saya selongkar dan tidak berjumpa, saya mula panik. Saya istighfar banyak-banyak.
Tiba-tiba.....!!!!
.
.
.
"Dah jumpa?!"
Muncul satu suara terasa dekat di belakang saya, yang membuatkan saya hampir menjerit terkejut! (sudahlah debar di dada semakin kencang!!!)
Boss saya duduk di kerusi belakang sambil memerhati saya mencari surat tersebut.
"Belum!"
Itu sahaja perkataan yang mampu saya tuturkan, sambil tangan ligat menyelak fail demi fail.
Pada ketika ini, saya lupa segala makna nama Asmaul-Husna. Sungguh!
Yang saya ingat hanya Ar-Rahman Ar-Rahim. Berterusan saya berdoa dan berzikir pada Allah dengan nama Ar-Rahmaan Ar-Rahiim.
"Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim. Sungguh aku tak ingat mahu minta pada asmaul-husna mana bagi mengembalikan barang yang hilang. Maafkan aku wahai Allah Ya Rahmann Ya Rahiim. Tapi, aku pasti, apa juga namamu yang aku seru, Kau penuh sifat pengasih lagi penyayang. Bantu aku Ya Allah. Bantu aku, temukan aku dengan surat yang Tan Sri cari. Sungguh aku sudah buntu. Sangat buntu. Bantu aku, tunjukkan jalan keluar kepadaku untuk situasi ini Ya Allah. Allah Ya Rahman Ya Rahiim. Ya Rahmaan. Ya Rahiim."
Sepanjang mecnarinya, saya terus berzikir Ya Rahmaan Ya Rahiim. Debar di dada tidak mampu saya tahan, meskipun saya cuba untuk bertenang (tetiba juga lupa minta pada Allah untuk beri ketenangan dan rasa sabar).
Kehilangan surat penting adalah satu 'musibah' kepada seorang Setiausaha. Impaknya dalam. Itu saya akur (regardless mistake was from your Boss side. Rules #1 apply ~ Your Boss is always RIGHT! Rules #2, if your Boss is wrong, reverse back to rules #1... DENG!).
.
.
Lebih kurang setengah jam saya mencari. Berulang kali. Menyelak 3,4,5,6 kali fail demi fail, surat demi surat. Namun, tidak jumpa langsung! MEMANG TIADA!
(Jarak antara kerusi dan laci sangat dekat! Saya bersila di laci kedua setelah laci pertama diselongkar tapi tidak ketemu apa-apa pun!)
**************
Miracle!
Hanya Allah yang bisa melakukan keajaiban!
Setelah agak lama duduk di kerusi sambil perhatikan saya mencari, Boss saya bangun dan berdiri mengadap laci pertama almari buku. Beliau kemudian membongkok (saya masih bersila mengadap laci kedua almari buku). Beliau buka laci pertama dan selak satu dua kertas.
Tiba-tiba.....
"Hah. Inilah suratnya!" suaranya jelas ceria.
Terus Boss saya ambil (tak sempat saya tengok suratnya!) dan telefon pihak Universiti yang dimaksudkan.
Sungguh saya bersyukur kerana Boss saya sendiri yang jumpa surat itu! Dan benarlah, ia bukan rezeki saya untuk jumpa! Allah hijabkan pandangan saya untuk temui surat tersebut.
Namun, Allah bantu saya dengan mudahkan Boss saya sendiri jumpa surat itu.
Allahu Akhbar Kabira. Allah bantu saya dengan cara sedemikian. Boss saya yang jumpa, bukan saya.
.
.
Seminggu selepas itu, pihak Universiti datang ke pejabat untuk memberikan 'SURAT PERLANTIKAN' sebagai Chancellor Universiti tersebut.
.
.
DAAANNNN...
Pada 22 Jun 2015, ketika Executive Director University tersebut datang bersama pegawai-pegawainya ke pejabat untuk serahkan surat Perlantikan Jawatan, baru saya sedar satu perkara!
.
.
Baru saya tahu kenapa saya TIDAK JUMPA surat tersebut!
.
.
Lihat pada nama UNIVERSITI!
DENG!!!
.
(memang sampai 10 tahun lagi pun saya takkan jumpa surat itu, kan? huhuhuhu).
.
.
Haza tafadhol ArRabbi Rahiim.
(Nikmat ini adalah ehsan Tuhanku)
Salam takzim.
-KakTiny-
(Nikmat ini adalah ehsan Tuhanku)
Salam takzim.
-KakTiny-
No comments:
Post a Comment