Thursday, June 25, 2015

Kisah 13: 2015-06-21 - Bengkel Penulisan atau Kelas Tadabbur

BismillahirRahmaanirRahim.
21.06.2015 - Pemilihan antara Bengkel Penulisan dan Kelas Tadabbur.
Post ini berkait dengan post saya sebelum ini iaitu Bersama Tuan Suami ke Bengkel Penulisan - Yuran PERCUMA.

Sebenarnya, ini juga satu daripada kebimbangan saya ketika merujuk kepada tarikh bengkel.
.
.
Sabtu - 20-06-2015 - InsyaAllah tiada masalah. Cuma saya perlu pujuk pengasuh anak-anak saya supaya dapat jaga anak saya pada hari sabtu dan ahad. Dan, ya, saya BAD mohon Allah Ya Rahiim Ya Latif Yang penyayang dapat melembutkan hati kakak yang jaga anak saya untuk bersetuju. Alhamdulillah, beliau setuju (dengan upah yang minima). 
.
Ahad - 21-06-2015 - Bertembung dengan kelas tadabbur Al-Quran.
Sejak sebulan yang lepas, selepas beberapa kali diajak oleh kakak angkat saya yang juga alumni kumpulan penulisan  (juga merangkap ibu angkat kepada anak bongsu saya), saya dan suami telah mengikuti kelas talaqi dan tadabbur rahsia Al-Quran di bawah Tuan Guru yang dimuliakan Allah, Al-Fadel Ustadz Syeikh Said Abdel Latif Karauwiyah Al-Hafiz (Allah rahmati kekanda saya itu serta Tuan Guru yang mulia. Saya doakan Allah permudahkan laluan mereka untuk bersama Rasulullah dan para sahabat dalam syurga firdaus-Nya kelak. Amin). 
Kelas ini sangat istimewa dan antara majlis ilmu paling indah dalam hidup saya. Saya akan membawa bayi kecil saya bersama (kerana tiada orang menjaganya di rumah, pengasuh tidak mahu jaga hari ahad - anak-anak yang lain saya tinggalkan bersama kakak saya yang tinggal berhampiran).

Ini juga satu cabaran. Saya tahu bahawa Tuan suami mungkin tidak mahu sertai bengkel penulisan rencana kerana kelas tadabbur Al-Quran pada jam 10.00pagi - 12.00 tengahari. Manakala bengkel penulisan adalah pada jam 9.00pagi - 3.00petang. 

Pada petang 20.06.2015, saya biarkan persoalan itu berlalu tanpa memikirkannya. Saya yakin akan aturan Allah kerana saya telah mohon DIA melapangkan ruang dan memilihkan urusan terbaik untuk saya dan suami.

Sebelum sampai rumah pengasuh untuk ambil anak bongsu saya, tiba-tiba datang rasa tidak yakin dengan keputusan apa yang perlu dibuat. Saya B.A.D.

"Wahai Allah Ya Barii. Allah baikkan. Aku ini sangatlah lemah lagi suka meminta. Maafkan aku Ya Rabb. Aku tak tahu nak pergi mana esok ni, ke bengkel atau ke kelas tadabbur. Dua-dua aku suka, aku sayang. Aku tahu, kelas tadabbur adalah kelas ilmu manakala bengkel mungkin sekadar maklumat dan pengetahuan. tapi aku mahu jadikan maklumat dan pengetahuan itu cabang ilmu melalui ilham yang Kau berikan. Tolong aku Ya Basith, berikan kelapangan fikir padaku yang sedang buntu ini. Aku buntu. Hanya KAU, Ya Hakim yang maha bijaksana. Aku mohon pada keagungan dan kemuliaan-Mu Ya Dzal Jala Li wal ikram."
 
Pada malam itu, saya dapat mesej grup telegram 'Kelas Tadabur Syeikh Said' - Dr. N memaklumkan bahawa kelas tadabbur ditangguhkan sehingga selepas hari raya. Sepanjang ramadhan, kelas hanya untuk mereka yang daftar sebagai peserta tadarus. Tuan Guru mahu beri sanad kepada peserta tadarus dan beri tumpuan kepada program tadarus. (Dr. N adalah orang yang bertanggungjawab mengendalikan kelas tadabur bersama Tuan Syeikh Said. Allah rahmati Dr. N yang baik. Didoakan Allah sediakan mahligai indah dalam syurga firdaus untuk Dr. N dan para sahabat yang berusaha untuk menwujudkan kelas ini. Amin.)

Membaca mesej itu, dalam duka (kerana tidak dapat ikuti program tadarus serta tidak dapat pergi kelas tadabbur), terselit faham bahawa Allah Ya Fattah membuka jalan kepada saya dan tuan suami untuk ke bengkel rencana. Pasti ada rencana-Nya yang kami tidak tahu apa hikmah di sebalik semua ini. Tapi, kami yakin akan rancangan-Nya. Pastinya yang terbaik. 

Hari ahad pagi, saya maklumkan kepada Tuan Suami yang kelas tadabbur ditangguhkan, dia juga jelas sedikit kecewa (kerana hati sering terpanggil-panggil dan meruntun mahu bertalaqi dan mendengar rahsia AL-Quran, terutamanya yang dikendalikan oleh Tuan Syeikh Said. Sungguh istimewa. Allahu Allah!). Tetapi, kata-katanya buat saya terpana, "Mungkin Allah mahu abang dapat sesuatu manfaat dalam bengkel ini dan sumbangkan sesuatu yang bermanfaat melaluinya. Sebab itu kelas tadabbur ditangguhkan."

Allah!
.
.
Oleh itu, pada hari ahad, saya dan tuan suami dapat sertai bengkel penulisan rencana/ majalah - meskipun pada kadar separuh hari (kerana sudah berjanji dengan pengasuh anak untuk ambil waktu tengahari.)
.
.
Apabila kita merancang dan melepaskan segala perancangan rapi itu ditetapkan Allah, sememangnya DIA merancang dengan sebaik-baik perancangan. Allahu Akhbar. 
.
.

.
Haza tafadhol ArRabbi Rahiim.
(Nikmat ini adalah ehsan Tuhanku) 

Salam takzim.
-KakTiny-

No comments:

Post a Comment