Thursday, June 25, 2015

Kisah 012: 2015-06-20 - Bersama suami ke Bengkel Penulisan - Yuran PERCUMA.

BismillahirRahmaanirRahim.
20.06.2015 | Bersama Suami Ke Bengkel Penulisan - Yuran 'PERCUMA'.

Apabila mentor penulisan saya memberitahu ada bengkel yang akan dijalankan pada bulan ramadhan, saya teruja. Tetapi ada dua (2) faktor yang menjadi 'kebimbangan' saya.

(1) Teringat kata Tuan Mentor yang melarang saya mengikuti mana-mana bengkelnya selagi saya tidak siapkan manuskrip buku yang dijanjikan! Aduhai!

(2) Bimbang Tuan Suami marah jika saya asyik mengikuti kelas / bengkel penulisan pada hujung minggu sementara dia yang perlu jaga anak-anak di rumah (sudah banyak bengkel penulisan yang saya ikuti, tapi bukunya belum juga terbit! Itu yang Tuan Suami saya bisingkan).

Pada masa yang sama, saya teringin mahu Tuan Suami sertai kelas penulisan mentor saya ini. Saya sedar Tuan Suami ada potensi untuk 'membukukan' serta 'merencanakan' bidang tugasannya dalam bentuk tulisan, tetapi saya tidak punya kekuatan untuk menyuruhnya. Saya bimbang dia menolak atas alasan tidak minat menulis dan bayaran yang mahal.
Dalam bimbang, saya isi juga borang pendaftaran awal (online) untuk sertai bengkel penulisan buku umum dan rencana. Pada ketika ini, saya mula menimbangtara samada mahu bayar dan pergi sendiri atau mahu bayarkan untuk Tuan Suami dan minta dia pergi. 

Seminggu juga saya tidak buat apa-apa keputusan. Apabila saya dapat mesej 'notis pemberitahuan awal' tarikh rasmi untuk kedua-dua bengkel itu, saya B.A.D.
"Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim. Sesungguhnya Kau maha oengasih lagi maha penyayang terhadap hamba-hamba-Mu, meskipun hamba-Mu ini kuat meminta tapi kurang memberi. Aku mohon lagi pada-Mu wahai Rabb yang Agung, Ya Fatah Ya Razzak Ya Barii. Berilah peluang dan lapangkanlah masa serta kewanganku untuk dapat sertai bengkel penulisan. Sungguh aku teringin mahu ulangkaji ilmu penulisan wahai Allah yang baik. Aku juga mahu abang pergi, tapi takut dia marah dan tak mahu. Tolong Allah Ya Wahhab Ya Barii, rezekikan kami dapat pergi secara percuma.  Jika ia baik untuk kami, dan masa depan kami dan dengannya kami dapat manfaat serta dapat memberi manfaat, maka mohon dipermudahkanlah wahai Allah Ya Wasii, sesungguhnya pemberian-Mu amat luas dan aku meminta hanya padamu Ya Samad."
Sehari ke sehari saya tidak berani bertanya suami samada dia izinkan saya pergi tidak. Juga tidak berani tanya samaada dia mahu pergi tidak - pada masa yang sama sedang mengira simpanan, ada bajet lebih tidak untuk bayar yuran bengkel.
.
.
Seminggu sebelum tarikh bengkel, sahabat wangi saya, yang juga alumni kumpulan yang sama, memberitahu saya bahawa beliau telah bayar yuran bengkel tetapi beliau tidak dapat hadir kerana sedang memberi tumpuan kepada peperiksaan komprehensif untuk PhD. 
Beliau buka tawaran jika saya mahu gantikan tempatnya. Walaupun girang, tetapi masih bimbang dengan beberapa faktor yang saya sebutkan di atas tadi.
....
.
Sehingga pada sehari sebelum tarikh bengkel,Tuan Mentor penulisan menaikkan notis pada laman muka bukunya, bertanya sesiapa 'alumni' beliau yang sudi menjadi 'volunteer' untuk bengkel kelolaannya itu. Dia perlukan 2 orang alumni. 
Ketika saya baca, sudah ada seorang yang menawarkan diri. Laju saya menaip nama, dan saya menjadi orang kedua. Selepas itu berturut-turut rakan alumni lain menawarkan diri. 

Ketika itu, saya sudah terlihat-lihat cahaya harapan dan sesuatu yang mungkin 'menjadi'. 

Alhamdulillah. Saya terima email daripada Tuan Mentor menyatakan saya terpilih sebagai volunteer. Subhanallah. 

Terus saya hubungi sahabat wangi, meminta beliau 'consider' untuk beri tempat itu kepada suami saya. Syukur kerana beliau bersetuju dengan mudahnya... (Allah rahmati sahabat wangi saya yang baik itu. Saya doakan laluannya sebagai Ketua Bidadari syurga dipermudahkan Allah, di dunia dan di akhirat kelak. Amin). 

Sejurus mendapat persetujuan sahabat, saya hubungi Tuan Suami. Sebelum saya ajak dia ke bengkel tersebut, saya ceritakan kronologi yang menyebabkan kami berdua dapat pergi PERCUMA bengkel penulisan buku umum dan rencana. 
.
Dan, beliau SETUJU - dengan mudahnya! 
Allahu Akhbar Kabira.
.
.
Segala pujian kepada Allah Ya Baari, Ya Wasi', Ya Mujeeb kerana merancang dengan sebaik-baik perancangan. Maha luas pemberian-Nya dan mudah benar DIA memakbulkan doa dan permintaan hamba-Nya yang banyak meminta, sering lupa diri malah sering zalimi diri sendiri ini. 
Allah. Allah. Allah.  
Nikmat kurniaan Allah itu terlalu hebat. 
.
.
Haza tafadhol ArRabbi Rahiim.
(Nikmat ini adalah ehsan Tuhanku) 

Salam takzim.
-KakTiny-
 

No comments:

Post a Comment