Sunday, February 8, 2015

Kisah 008: 2015-02-04 - Dipermudahkan kelahiran

Bismillah.

‪#‎KisahSuksesBAD‬ - 4.2.2015 - Dipermudahkan kelahiran dengan 'kurang rasa sakit.'
.
.
Alhamdulillah.
Saya sudah bergelar "ex-mak buyung" pada jam 8.47pm, Rabu, 4.2.15.

Kisah yang saya kongsikan ini antara yang akan saya kenang sepanjang hidup saya.
.
.
Semenjak mengandungkan anak ke-5 ini, antara perkara yang paling saya 'geruni' adalah sakit contraction dan semasa mahu 'push' baby. Sakitnya terbayang-bayang di ruang mata!

Benar. Ia nikmat seorang Ibu tetapi, di situlah "kesakitan yang amat sakit".
.
.
Untuk kelahiran kali ini, apabila sudah turun tanda, saya BAD.
"Ya Allah. Aku bakal melahirkan khalifah-Mu. Aku tahu antara nikmat seorang Ibu adalah kesakitan melahirkan itu kerana ia bisa menghapuskan semua dosa. Dan aku akur, setiap proses kelahiran ada 'sakitnya.' Tapi Ya Allah. Aku mohon dengan kuasa dan izin-Mu serta ehsan-Mu kepadaku, hamba-Mu, mohon hilangkan rasa sakit itu. Jangan datangkan rasa sakit itu. Meskipun ada, cukuplah cuma sebentar. Aku benar-benar mohon belas ehsan-Mu Wahai Tuhan yang baik. Aku tahu, Kau mampu mengadakan sesuatu yang mustahil, kerana Kau adalah Tuhan, dan aku adalah hamba. Izinkanlah permohonanku ini Ya Rabb."
.
.
Berulang kali saya meminta kepada Allah sambil berzikir "La illa ha illa anta subhanaka inni kuntu minadzaalimiiin."
.
.
¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Kronologi kisah ini:

Jam 6.45pm, ketika bersiap untuk mandi petang, sudah turun sedikit tanda.
Oleh kerana Tuan Suami sedang berkursus, saya mengajak adik lelaki dan ayah untuk temankan saya ke hospital. Saya telefon Tuan Suami, memaklumkan perihal 'turun tanda.'

Dalam masa ini, saya BAD tentang kehadiran suami. Tidak pernah anak-anak saya lahir tanpa suami menemani dan dia yang azan / iqamahkan. Saya minta pada Allah.

"Ya Allah. Suamiku sedang berkursus. Untuk pulang waktu ini, rasanya mustahil sempat sampai untuk bersama sambut bayi. Tapi, Kau Maha Mengatur takdir. Izinkan suamiku sempat sampai dan bersamaku semasa bersalin nanti."
.
.
Pada jam 7.30pm, sampai di hospital. Kira-kira jam 7.45pm, saya dibawa ke labour room. Usai kerjakan solat maghrib, saya BAD tentang kehadiran Tuan Suami.
.
Doktor datang periksa bukaan. Sudah 6cm. Sekitar jam 8.15pm, doktor pecahkan air ketuban.
.
.
Sekitar jam 8.15pm juga, Tuan Suami sampai. Alhamdulillah. Gembira hati apabila Allah makbulkan permohonan saya untuk bersama Tuan Suami menyambut kelahiran bayi ke-5 ini. Dan pastinya, beliau akan azankan bayi kami. Syukur Alhamdulillah.
.
.
Bidan masuk jam 8.30malam untuk siapkan kelengkapan doktor dan peralatan bersalin.
.
.
Jam 8.40pm, contraction berlaku. Bidan terus panggil doktor dan kelam-kabut menyediakan apron doktor, pancang kaki, dan segala bagai lagi.
.
.
Jam 8.45pm, doktor masuk. Doktor juga kelam-kabut memakai apron dan bersedia segala bagai kerana sudah nampak kepala bayi (sempat bidan tu suruh saya 'tahan sekejap!' Jangan PUSH katanya, sebab mereka belum bersedia - tapi saya tidak endahkan. Saya PUSH juga... malas mahu tahan lagi!)
.
.
Jam 8.47pm, Alhamdulillah. Saya selamat melahirkan seorang lagi putera.
.
.
Maha Suci Allah yang Maha Agung. Allah makbulkan permintaan saya! Sungguh benar! Allah 'hilangkan' rasa sakit itu. Ajaibnya, rasa sakit itu tidak lama. Hanya SEBENTAR dan saya LUPA sakit itu.
Yang saya INGAT adalah keadaan doktor dan bidan yang beriya suruh saya tahan, jangan 'push!' Yang saya RASA adalah, NIKMAT bayi yang sudah keluar (perut rasa lapang dan hati rasa tenang - Subhanallah!)
.
.
Doktor dan bidan masing-masing berebut bertanya petua. Apa yang buat kerana mudahnya kelahiran saya ini? Jawapan mudah saya, "Atas izin Allah yang Maha Memakbulkan doa. Saya hanya minta pada DIA." 

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
 
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?"
.
Allah. Allah. Allah.

Benar janji Allah.

Apabila dikatanya 'Kun!', maka 'Fa ya kun' itu adalah HAK MUTLAK-Nya. Tidak ada siapa yang mampu halang atau teruskan. Hanya izinNya yang memungkinkan segalanya berlaku.
.
.
Ya Allah. Betapa saya tidak putus mahu mengucapkan syukur kepada Illahi.
.
Allah sangat dekat. Sangat dekat. Sangat dekat! Sangat berbelas ehsan, meski pada hamba-Nya yang selalu engkar dan melampaui batas. Allahu Allah!

 Anakanda ke-5, yang selamat telah selamat dilahirkan. Alhamdulillah.
.
.
.

.
Haza tafadhol ArRabbi Rahiim.
(Nikmat ini adalah ehsan Tuhanku) 

Salam takzim.
-KakTiny-