Wednesday, April 1, 2015

Kisah 009: 2015-03-31 - Keciciran Note 10 dan kembali dijumpai

Bismillah.

#KisahSuksesBAD - 31 March 2015 - Keciciran Note 10 Tuan Suami - dijumpai kembali.

Baru dua minggu habis berpantang, Tuan Suami ajak 'shopping' bajunya.
Bertempat di Jusco Cheras Perdana.

Layankan sahaja.

Ibu baru lepas habis pantang, bila kelaur berjalan kepalanya memikir seribu satu benda.
+ Anak kecil di rumah (bonda tolong jagakan);
+ Susu yang dibekalkan cukup atau tidak;
+ Anak-anak yang bersekolah mahu ambil jam berapa;
+ Mahu makan tengahari apa nanti.
+ Kerja pejabat, baikkah semuanya;
+ dan itu ini itu ini itu ini... banyak benda berputar berpusar dalam kepala...
.
.
Menemani Tuan Suami membeli-belah adalah satu perkara yang agak meletihkan ketika ini.
Membelek baju dan seluar, stokin dan singlet, dari satu outlet ke outlet memang mencabar. Maklumlah baru lepas pantang. Selama 44 hari duduk tidur baring santai atas katil, tiba-tiba hari ini perlu jalan jalan tawaf pasaraya. Aduhai!

Melihatkan keadaan saya yang letih, Tuan Suami mencadangkan saya duduk sebentar di kerusi panjang yang sedia ada berhampiran escalator. Saya duduk dan dia beri Note 10.1 nya untuk saya pegang.

Saya yang dalam keadaan malas (dan bosan agaknya), ambil dengan sambil lewa dan letak di tepi kerusi yang saya duduki.

Apabila Tuan Suami membuat bayaran di kaunter, saya masih duduk di kerusi.

Sehingga Tuan Suami datang menghulurkan tangan, baru saya bangun dari kerusi.

Ketika berjalan keluar dari Jusco, saya tidak sedar saya tertinggal Note 10. Saya mengajak Tuan Suami pulang kerana keletihan (masih tiada semangat dan tenaga untuk berjalan lama, setelah sekian lama rehat di rumah).

Tuan suami setuju. Semasa berjalan menuju ke parkir kereta, Tuan Suami bertanyakan Note 10 miliknya.

Saya terpinga-pinga kerana menyangka dia membawanya.

Dia bertegas yang dia memberikannya kepada saya.

Baru saya teringat, memang benar dia beri kepada saya semasa saya duduk di kerusi tadi.

Dan, memang salah saya kerana LUPA untuk bawanya semasa bangun dari kerusi tadi.

Tuan Suami mengajak saya kembali ke dalam Jusco untuk melihat sekiranya Note 10 itu masih di situ.
.
.
Ketika itu saya BAD - saya 'bisik' kepada Allah.
"Ya Allah. Ya Mujib. Maaf. Aku hamba-Mu yang sangat pelupa. Bukan sahaja lupa pada perkara dunia, tentang amalan ibadah kepada-Mu juga aku sering lupa dan lalai. Maafkan aku Ya Rabb. Wahai Allah yang baik. Aku cuai. Aku tertinggal Note 10 abang di Jusco. Mohon kembalikan kepada Ya Allah. Banyak maklumat dan tugasan abang dalam tu. Mohon Ya Allah. Mohon kembalikannya kepada kami. Mohon hijabkan daripada orang. Tapi, jika memang ia bukan lagi rezeki kami, aku redha Ya Rabb. Berikan ketenangan dan kelapangan hati kepadaku untuk menerima takdir ini."

Sampai di kerusi tempat saya duduk itu, jelas ianya TIADA. HILANG!

Saya ke kaunter bayaran, tanyakan kepada cashier di situ sekiranya dia nampak. Pada masa yang sama saya mohon bantuannya untuk check dalam CCTV.

Cashier tersebut amat baik. Dia beri bantuan dengan membawa kami kepada Ketua Sekuriti bagi membolehkan kami melihat CCTV (mahu lihat jika ada orang yang mengambilnya).

Semasa melangkah mahu menuju ke tempat Ketua Sekuriti, Cikpuan Cashier tadi ringan mulut bertanya kepada rakan sales yang menjaga booth minyak wangi (booth paling dekat dengan kerusi tempat saya duduk) sekiranya ada terjumpa atau tidak Note 10 bersarung hitam itu.

SUBHANALLAH.

Allah juga yang Maha Berkuasa dan memudahkan segala sesuatu.

Apabila Cikpuan yang jaga booth minyak wangi berkata "YA. Ada" dan mengambil Note 10 itu dari dalam laci simpanan, saya mengurut dada. Lega dan syukur.

Sejurus ucapkan terima kasih dan mendoakan kebaikan mereka berdua, saya tidak putus-putus mengucap syukur kepada Allah.

Perkara mustahil bagi saya, tetapi mudah sahaja bagi Allah sekiranya ia tetap begitu dalam takdir-Nya.

Saya memang bersedia dengan kemungkinan Note 10 itu dicuri dan hilang. Tetapi, rahsia Allah tiada siapa yang mampu menebaknya. Masih ada rezeki untuk kami menggunapakai Note 10 itu.
.
.

.
Haza tafadhol ArRabbi Rahiim.
(Nikmat ini adalah ehsan Tuhanku) 

Salam takzim.
-KakTiny-