Tuesday, July 28, 2015

Kisah 14: 2015-07-28 ~ Bayaran GST, Borang GST-03 dan bantuan rakan alumni.

BismillahirRahmaanirRahim.
28.07.2015 -Bayaran GST, Borang GST-03 dan bantuan rakan alumni.
 
Pada hari Isnin (27.07.2015), Tuan Ketua Syarikat masuk ke pejabat. Bergegas saya berjumpa beliau untuk maklumkan bayaran GST yang perlu dijelaskan sebelum 31 Julai 2015.  

Perihal prosedur GST ini, sememangnya saya kabur sekabur-kaburnya. Tiada rujukan malah talian telefon (yang diberikan termasuk toll free) tidak pernah berjaya ditembusi (sepanjang hari talian sibuk!)
.
Sudahlah mahu membuat invois dan rekod bayaran adalah satu perkara yang memeningkan kepala (iyalah, sebab tidak faham dan tidak tahu, kan!) di tambah pula lagi cara penyerahan borang menggunakan aplikasi dalam talian yang tidak mesra pengguna (bagi yang tidak tahu! Pertama kali guna, manalah saya tahu prosedurnya!!!)
.
 
Dalam masa membelek laman web TAP, saya merenung kosong pada skrin komputer. Tidak tahu langkah apa yang perlu dilakukan setersunya. Terus saya mohon pada Allah Ya Barr. 
"Wahai Allah Ya Barr. Aku sangat kelam pasal borang gst ini. Sungguh tak nampak jalan. Mohon Kau lorongkan laluan mudah untuk aku buat apa yang sepatutnya. Allah Ya Baari Ya Basith, rencanakan rencana yang baik dan lapangkan jalan bagi urusanku ini. Allah Ya Fattah Ya 'Alim, bukakan pintu faham untuk aku submit pembayaran gst ini. Minggu ini tarikh akhir penghantaran, janganlah Kau sempitkan jalan fikir, ikhtiar dan usahaku wahai Allah Ya Qobith, aku tahu Kau mampu lakukan itu. Allah Ya Rahman Ya Rahiim, sesungguhnya Kau maha pengasih lagi maha penyayang, mohon bantu hamba-Mu yang sedang buntu ini Ya Rabb."
.
.
Bosan menggodek google tentang gst, saya ambil handphone! Buka FB.
Seketika, saya teringatkan Cikpuan Norsa'adah Ahmad. Beliau adalah rakan alumni kursuspenulisan,com yang bersama-sama pernah berbengkel dalam kelas-kelas penulisan. Beliau juga penulis buku tentang GST (dahulu, saya tidak berminat dapatkan buku tersebut, kerana merasakan tiada keperluan untuk saya baca buku itu! huhuhu).

Apabila saya PM beliau, responnya serta-merta! Alhamdulillah. 

Ada beberapa perkara yang beliau maklumkan untuk saya buat tindakan. 
Antaranya adalah isi borang GST-03. 
Alhamdulillah, ada rupanya borang yang perlu diisi (sebelum ini, memang tak tahu langsung wujudnya borang tersebut!)

* Terus berhajat mahu coaching GST dengan cikpuan Norsa'adah! hihihi.
.
.
.
28.07.2015 - saya terus ke pejabat kastam (ada satu dua perkara yang masih kabur dan tidak jelas!)
 
Sepanjang perjalanan ke Kompleks Kastam Kelana Jaya, saya mohon Allah Ya Wahhab Ya Razzak Ya Fattah Ya Basith berikan dan bukakan rezeki untuk saya dapat laluan mudah serta lapangkan urusan saya. 

Alhamdulillah.
Saya berjumpa dengan pegawai depan, isi nama di buku log, jumpapegawai yang berikan MSIC Code, dan seterusnya pergi isi online (untuk dapatkan nombor baucer bayaran) sebelum cetak dan buat bayaran menggunaka cek (yang sudah disediakan sehari awal). 
.
.Syukur Alhamdulillah.
Dapat juga submit before deadline!
 
Gambar, sepanjang kes hari ini.
 
 
.
Haza tafadhol ArRabbi Rahiim.
(Nikmat ini adalah ehsan Tuhanku) 

Salam takzim.
-KakTiny-
 

No comments:

Post a Comment